Sunday, November 3, 2013

Manusia Dan Cinta Kasih

Ku lihat langit biru,
Tiada cinta yang ku temui,
Melainkan hanyalah satu,
Cinta DIA Pencipta diriku.

Kala ku terasa sepi,
DIA lah pengobat hati,
DIA lah yang mengenaliku,
‘Cahaya’ hidup ini.

Ya Ilahi ku bersyukur pada Mu,
Gelapnya hidupku kini disinari ‘cahaya’ itu,
Harapan dihatiku kini cuma satu,
Moga ‘cahaya’ itu terus menemani 
kehidupanku.

Pabila ku jalani liku-liku hidup ini,
Tidak ku sadari hadirnya cinta insani,
Yang mengetuk pintu hati ini,
Ketika ku serahkan segala pada Ilahi.
Ketika bunga-bunga cinta ku hanya buat Ilahi.

Penuh harap ku berdoa pada Mu Ya Rabbi,
Sucikanlah cinta di hati hamba Mu ini,
Dari debu-debu dosa duniawi,
Dan bukan cinta dinodai nafsu,
Bahkan cinta ini suci hanya kerana Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku sujud atas sejadah cinta Mu,
Merintih merayu mengharap petunjuk Mu,
Agar cinta ini bukan cinta palsu,
Iringkanlah cinta ini bersama bunga redha Mu,
Moga kekal abadi hingga ke syurga Mu.

No comments:

Post a Comment